Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)

Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim

Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 172-173:

Alhamdulillah dapat berkumpul dalam majlis ingat-memperingati sebegini. Prinsip makanan Nabi SAW ada 3:
  • Nabi SAW galakkan kita makan makanan yang halal.
  • Nabi SAW larang makan makanan haram.
  • Nabi SAW tidak galakkan makan sesuatu dan ulama mengklasifikasikannya sebagai makruh.
Makanan kegemaran Nabi SAW seperti yang dibincangkan semalam ialah cuka, garam dan zaitun. Dalam satu hadis, Rasullullah SAW bersabda: “Makan dan berminyaklah dengan zaitun karena ia berasal dari pohon yang diberkati (HR. Tirmidzi)”.

Satu lagi makanan kegemaran Nabi SAW ialah kurma. Nabi SAW suka makan kurma jenis 'Rhutob' dan kurma ini bersifat agak panas dan Nabi SAW akan minum air dengan banyak. Daripada kajian, didapati kurma mengandungi 2% protein, 4% serat, 57% glukosa, vitamin A, C, dan garam galian lain seperti zat besi. Oleh itu, seelok-eloknya biarlah di rumah kita sentiasa ada stok kurma. Antara penyakit yang boleh diubati dengan kurma ialah penyakit usus, sembelit, batuk, gatal-gatal tekak, isteri hamil.

Petua jika gatal-gatal tekak: Lenyekkan kurma dan rendam bersama air dan minum. Kurma juga baik untuk seorang wanita hamil dan anak yang dikandungnya. Ada seorang doktor membuat kajian ke atas dirinya ketika mengandung, dan makan kurma sepanjang masa. Anak yang dilahirkan dan didapati kulit anaknya begitu halus dan cantik. Untuk anak kedua, dia tidak makan kurma dan didapati kulit anaknya mengelupas berbanding kulit anak pertama. Kurma juga ada kebaikan untuk penyakit strok.

Minuman yang Nabi SAW sangat suka ialah air kosong. Setiap pagi, Nabi minum sebanyak 3 atau 7 gelas. Jangan sampai kita minum sehingga air berbunyi dalam perut. Oleh itu, ketika di Mekah dan Madinah, banyakkan minum air zam-zam agar kesihatan terjaga. Saya cadangkan minum 3 gelas ketika masuk dan sebelum keluar, InsyaAllah tidak kena batuk atau demam ketika di sana, InsyaAllah.

Nabi SAW juga sangat suka makan buah-buahan segar. Seorang saintis daripada Jerman membuat kajian tentang pemakanan Nabi SAW. Ketika membuat kajian, dia terkena migrain. Dalam kajian dia mendapati Nabi SAW suka minum susu dan buah segar. Pertama dicubanya minum susu, tetapi migrainya bertambah teruk. Kemudian, dicubanya makan buah segar pula, dan didapati migrainya semakin berkurangan.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah makanan yang Nabi SAW langsung tidak sentuh?
J: Makanan yang tak disentuh Nabi SAW ialah makanan yang haram iaitu khinzir, arak., haiwan yang bertaring, haiwan perosak, . Bagi yang 'teringin' untuk merasa atau memasukkan arak dalam masakan → cuba ambil 'air kencing' sendiri dan minum sedikit sahaja. Sanggup tak? Tentu tidak sanggup. Air kencing itu najis dan arak pun najis juga. Oleh itu, walaupun sedikit sahaja, tetap haram menggunakan arak dalam makanan.

S: Jika cacing yang terkandung dalam khinzir dapat diekstrak keluar, bolehkah umat Islam makan khinzir?
J: Daripada kajian, didapati ada 70 penyakit yang berasal daripada khinzir. Jika memakai kulitnya sekalipun, ianya turut memudaratkan.

S: Apakah makanan yang dikategorikan sebagai makanan makruh?
J: Makanan makruh adalah makanan yang halal, tetapi Nabi SAW tidak suka. Contoh amalan pemakanan Nabi SAW:
  • Jika Nabi SAW makan daging/ayam/ikan, dia takkan minum susu. Ada petua orang tua-tua yang mengatakan jika masak kari ikan, tak boleh campur susu. Daripada kajian saintis pula, didapati percampuran kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan penyakit berkaitan usus seperti cirit-birit.
  • Seterusnya Nabi SAW juga tidak campur makanan darat dan makanan laut. Dapatan kajian menunjukkan yang makanan darat mempunyai cas positif air, manakala makanan laut mempunyai cas negatif air. Apabila bercampur di dalam perut, tindakbalasnya boleh menyebabkan wujud asid-asid dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan usus. Mungkin inilah sebabnya ramai yang tekena penyakit berkaitan usus dan tidak dapat dikenalpasti puncanya.
  • Nabi SAW tak campur cuka dengan susu.
  • Nabi SAW tak campur buah dengan susu.
  • Nabi SAW tak makan bawang. Nabi tak makan kerana tak gemar baunya yang agak tidak menyenangkan. Jika kita dapat menjaga baunya, tiada masalah untuk dimakan.
S: Apakah amalan-amalan Nabi SAW untuk hidup sihat?
J: Pertama – pastikan kita tidak tinggal solat. Beberapa orang Profesor daripada UM yang bukan Muslim ada membuat kajian sains tentang pergerakan dalam solat. Dapatannya menunjukkan yang solat memberi kesihatan yang baik. Kedua - Nabi SAW makan dalam kuantiti yang sedikit. Ketiga - Nabi SAW tidak makan sebelum tidur. Keempat – Nabi SAW kuat bersenam dengan menaiki kuda, berenang dan main pedang. Kelima - Nabi SAW tak mengamalkan tidur selepas Subuh, selepas Asar sehingga Isyak. Selepas Isyak bolehlah tidur.

S: Apakah menu utama Nabi SAW?
J: Makanan yang selalu dihidangkan oleh isteri-isteri Nabi SAW ialah kurma yang direndam air zam-zam. Kedua, Nabi SAW suka makan roti yang dicampur daging dan dibuat dalam bentuk kuah. Ketiga, roti campur/cicah minyak zaitun. Keempat, roti cicah keju. Kelima: Bubur daripada gandum dan susu. Keenam: roti dengan tamar. Ketujuh: Kurma campur mentega. Kelapan: 7 biji kurma yang direndam dalam susu suam setiap pagi. Kesembilan: Kurma dan tembikai. Kesepuluh: Kurma dan timun. Dalam majalah Solusi terbaru, ada diceritakan dengan lebih lanjut tentang diet Nabi SAW. Bolehlah dapatkan untuk rujukan lanjut.

S: Betulkah jika makan kepala ikan boleh menyebabkan kita lupa?
J: Saya sedang buat kajian tentang ini. Daripada hadis Nabi SAW tiada pula larangan memakan kepala ikan. Daripada pemerhatian didapati orang yang bijak pandai pun suka makan kepala ikan. Jadi, kita tidak boleh melarang benda yang Allah sendiri tidak larang.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab