Permudahkan dan Berlemah-lembut - MTDM 28.08.2015 (Bah. 2 & 3 Hadis dan Sirah)

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 

Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid*




Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin

Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 328
Hadis 6-11

Bab berlemah-lembut, tidak kasar baik melalui perkataan atau perbuatan. Antara konsep yang diambil baginda Rasulullah ﷺ ialah suka mengambil yang mudah selagi yang mudah itu tidak bercanggah dengan agama. Baginda melarang seseorang mengambil yang susah sedangkan ada pilihan yang mudah.

Salah seorang isteri baginda, Saidatuna Zainab solat dengan bergantung pada tali kerana tidak mampu berdiri lama. Setelah Nabi ﷺ memgetahuinya, baginda menuuruh lepaskan tali dan solat duduk. Ini adalah mengambil yang mudah tapi bukan memudah-mudahkan.

“Allah berkehendak untuk kamu kemudahan dan Allah tidak mahu menjadikan kesulitan kepada kamu.” Allah pun inginkan kemudahan untuk kita, jadi kita pun jangan memberatkan diri sementara yang mudah boleh dilakukan dan ianya tidak bercanggah dengan agama.

Baginda Rasulullah ﷺ ketika didatangi seorang sahabat nabi dan bertanya apa yang diwajibkan kepadanya. Jawab Rasulullah ﷺ, “Solat 5 waktu.” Baginda tak disambung dengan yang lain lagi sebab orang itu datang dari jauh dan tidak ingin memberatkannya. Orang itu tanya lagi, “Adakah kewajipan yang lain?” Jawab baginda, “Tiada kecuali kamu nak tambah yang sunnah.” 

Tengok bahasanya - ditanya Rasulullah ﷺ suruh buat yang mudah dulu, kecuali baru diberitahu ada yang sunat. Jawapannya mudah, tidak disuruh “Perbanyakkan yang sunat.” Kemudian lelaki itu tanya lagi tentang kewajipan lain. Ketika itu barulah Rasulullah ﷺ suruh puasa di bulan Ramadhan. Mudahkan, jangan persulitkan, lebih-lebih lagi kalau orang awam.

Ada orang datang ingin belajar Al-Quran dan diajarakan surah Fatihah, dan ada orang lain yang datang pula diajarka surah al-Ikhlas. Perlu diengok kepada siapa yang datang dan bertanya itu.

Ada orang lain datang tanya Rasulullah ﷺ, “Jika saya solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, buat yang halal dan tinggalkan yang haram, adakah saya masuk syurga?” Yakni tidak buat yang sunnah. Rasulullah ﷺ jawab, “Ya.” Kemudian lelaki Badwi itu pun kata, “Aku takkan amalku lebih daripada apa yang aku soal kamu.” dan berlalu pergi. Kata Rasulullah ﷺ, “Kalau benar dia lakukan apa yang dikatanya, dia akan masuk syurga.”  Tapi hari ini orang yang solat, pergi masjid, baca Yaasin, baca tahlil dikatakan bidaah, sesat. Mana kemudahan yang disuruh Nabi ﷺ? 

Hadis ini juga pernah belaku pada zaman Rasulullah ﷺ - kisah Badawi masuk buang air kecil dalam masjid. Orang Badwi ialah orang kampung yang tak tahu kemuliaan masjid. Dia datang buang air kecil yang mungkin perkara biasa di tempatnya. Melihat itu sahabat ingin marah, tapi Rasulullah ﷺ larang dan suruh biarkan dia menyelesaikan hajatnya. Kata baginda, “Saya diutuskan untuk memudahkan.” Yakni kalau ada najis, siram dan bersihkan. Kenapa nak susah-susah bergaduh? Bersihkan dan akan selesai masalah.

Muka sahabat melotot (mata terbeliak) melihat perbuatan Badwi itu. Badwi itu pun kehairanan.
Kita orang Islam perlu menyikapi dengan sikap yang benar kepada orang yang tidak tahu kehormatan masjid. Kalau tengok orang bukan Islam masuk dengan aurat yang terbuka - jangan marah-marah dulu, mungkin dia tak tahu. Kenapa tak mengambil pengajaran dari kisah Rasulullah ﷺ dan Badwi ini? Badwi ini bukan hanya nampak sedikit aurat tapi nampak terus auratnya yang itu. Nabi ﷺ mengukur orang mengikut pengetahuannya - Badwi ini, dia tak tahu jadi perlu diberitahu. Orang bukan Islam yang tak mengerti, kita yang perlu beritahu kepada mereka. Kalau kita marah-marah, mereka pun akan terkejut kenapa dimarahi.

Rasulullah ﷺ pun menerangkan pada Badwi itu, dan dia berjanji tak akan mengulanginya. Kemudian, Badwi minta angkat tangan untuk berdoa dan kata, “Ya Allah ampunkan aku dan  Rasulullah ﷺ, yang lain jangan.” Sikap ini menunjukkan bagaimana sikap tidak betul akan mengundang sikap tidak betul yang lain pula. Nabi ﷺ sebagai pendidik menunjukkan bagaimana baginda mendidik kepada sahabat dan kepada Badwi itu juga. Rasulullah ﷺ kemudian berkata pada Badwi, “Kamu jangan sempitkan benda yang luas.” Yakni doa itu luas, jangan sempitkan untuk dia dan Rasulullah ﷺ saja, tetapi masukkan semua sekali.

Ar-Rifaaq - orang yang lemah lembut dan dapat kawal marahnya. Kalau dia tahan marah tapi matanya melotot macam ni 👀 (terbeliak) atau memalingkan mukanya - itu belum lemah-lembut lagi. Orang yang lemah-lembut senyum ketika dia marah. Coba..kalau bisa (boleh)…:) 

Tapi ini memang yang diajar Rasulullah ﷺ - sampai bila kita akan jadikan semua ini kisah indah yang kita dengar, tanpa ada praktikalnya dengan kita? Kalau tidak kita akan menjadi pembaca dan pendengar setia, bukan pelaksana kepada apa yang kita dengar. Fahimtum? 

Kita belajar untuk kita praktis, bukan untuk dengar saja. Mudah-mudahan kita semua yang hadir diberi kekuatan untuk kawal kepada hawa nafsu, jangan sampai hawa nafsu kawal kepada kita. Kita tidak diperhambakan oleh nafsu tapi kita memperhambakan hawa nafsu supaya kita jadi hamba kepada Allah سبحانه و تعالى .

Mulakan untuk bersikap lemah-lembut dengan diam dahulu. Zaman sekarang ini zaman orang panas baran. Orang lebih mengkedepankan sikap panas baran berbanding sikap lemah-lembut. Anasir di sekeliling mengundang untuk kita lebih mengkedepankan emosi berbanding diam sebelum mengambil sikap lemah-lembut. Mulakan bersikap lemah-lembut dengan diam dulu. Usaha untuk tidak mudah melenting bila diusik. Bila ada rasa nak marah, fikir dulu - marah ini atas tindakan apa? Adakah sebabnya untuk marah itu benar?

Dalam hadis ketiga, Rasulullah ﷺ beri nasihat untuk tidak marah, sehingga 3 kali. Bagaimana untuk tidak marah sedangkan marah itu salah satu sifat semulajadi manusia? Marah itu bukan tidak boleh tapi yang tidak boleh ialah marah pada tempat yang dia tak perlu marah, atau marah yang bukan pada tempatnya. Marah pada tempat yang dibenarkan silakan saja. Nabi ﷺ pun marah, tapi Nabi ﷺ tak marah perkara berkaitan hak dirinya, tapi bila hak Allah سبحانه و تعالى dilanggar, Rasulullah ﷺ akan marah.

Suatu hari datang Usama bin Zaid kepada Rasulullah ﷺ, Usamah ialah orang yang paling disayangi Rasulullah ﷺ. Usamah datang untuk meminta keringanan atau pelepasan hukuman kepada salah seorang kaumnya yang berbuat salah, dan ketika itu Rasulullah ﷺ merah padam mukanya dan marah akan keinginan Usamah itu. Tapi bila Rasulullah ﷺ dicerca, atau disakiiti, baginda tak pernah marah, bahkan baginda mendoakannya. Nabi ﷺ tak marah sekalipun yang menyakitinya ialah orang kafir. Oleh itu, kita perlu ambil sedikit daripada contoh akhlak Rasulullah ﷺ ini. Dalam riwayat lain kita disuruh berwudhuk jika marah kerana ianya datang daripada syaitan.

Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril m/s 46-47
Mukjizat Rasulullah ﷺ:

1 Air keluar daripada celah-celah jari baginda
2 Menjadikan kantung susu kambing betina dara penuh dengan mengusapnya saja.


*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam. 

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab